Kelas Stem Iot – Kenali Bahagian Tubuh Kita
10 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 9 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas Stem IOT iaitu Mengenali Bahagian Tubuh kita. Seramai 15 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 8 ke 13 tahun mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:30 petang.
1) SENAM -AEROBIK
Aktiviti dimulakan dengan senam -aerobik yang menggunakan lagu “A ram sam sam”. Sebuah lagu senaman yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak. Ia mempunyai rentak tarian yang mudah dan irama lagu yang lancak.
2) MENJAWAB KUIZ BAHAGIAN TUBUH KITA
Aktiviti diteruskan pula dengan menjawab kuiz mudah yang telah dicetak yang mengambarkan bahagian tubuh kita. Para peserta kita dikehendaki untuk mengisi petak kosong yang mempunyai penunjuk kepada setiap bahagian tubuh yang berbeza.
3) KUIZ KENALI ORGAN KITA
Untuk memeriahkan permainan, beberapa gambar organ dalam format illustrasi yang comel telah dicetak. Peserta yang terpilih dikehendaki untuk menampalkan bahagian organ tersebut kepada bahagian badan modal yang telah dipilih dari kalangan para peserta juga.
Objektif pembelajaran ini adalah untuk berkongsi pengetahuan sains yang melibatkan pengenalan kepada bahagian tubuh dan organ dalaman kita dengan menggunakan pendekatan yang lebih menarik. Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Oversharing”. Penggunaan sosial media dan internet sudah menjadi satu kegunaan yang wajib dalam kehiduapan seharian kita. Walaubagaimanapun, kanak-kanak generasi kini haruslah diingatkan agar tidak terlebih berkongsi terutamanya maklumat peribadi. Hal ini adalah untuk mengelak penipuan dalam talian, ataupun kegiatan jenayah yang lain.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: